
HAMILTON keluar bersama Nicole di Hyade Park bagi menyambut ulang tahun kelahiran ke-90 Nelson Mandela pada Rabu lalu.
BEKAS Ratu Cantik Grenada, Vivian Burkhardt mendedahkan bahawa dia sudah memutuskan hubungan dengan pelumba kereta Formula Satu (F1), Lewis Hamilton.
Sebelum ini, Vivian yang berumur 22 tahun menganggap Hamilton merupakan lelaki impiannya selepas dia diundang dari Grenada ke rumah pelumba itu di Switzerland.
Gadis jelita itu juga kemudian menaiki jet peribadi Hamilton untuk pergi ke Festival Filem Cannes, Perancis dan berjalan di karpet merah dan menginap di Hotel Carlton.
Namun, seminggu kemudian, Hamilton meninggalkan dia dalam kekecewaan dengan meraikan kemenangan di Grand Prix Monaco dengan memeluk penyanyi pop terkenal, Nicole Scherzinger.
“Bagi saya, hubungan kami sudah berakhir. Jika dia mempunyai perasaan jujur, dia tidak melakukan perbuatan itu.
“Saya seperti kecewa,” katanya di mana luahannya itu disiarkan oleh sebuah akhbar semalam.
Vivian yang pernah mewakili Grenada dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia pada tahun lalu itu juga mendedahkan kesedihan dan rahsia gaya hidup Hamilton.
Ketika Lewis yang berumur 23 tahun dan Nicole berusia 29 tahun keluar bersama pada Jumaat lalu, Vivian berkata: “Saya tidak percaya dia sudah melakukan perbuatan itu terhadap saya.”
“Selepas gambar kami disiarkan di Cannes, dunia dengan tiba-tiba mengetahui saya adalah kekasih Hamilton.
“Ibu saya yakin, dia merupakan lelaki untuk saya dan mempunyai impian untuk kami berkahwin.
“Bagaimanapun, beberapa hari selepas Hamilton tidur bersama saya, gambar dia (Hamilton) bermesra dengan Nicole di Monaco disiarkan.
“Saya berasa cukup kecewa.
Menurutnya, Hamilton seperti mempermainkan dirinya.
“Jika Nicole berpendapat, kehidupan dengan Lewis akan menyeronokkan, dia akan mendapat kejutan,” katanya.
Pelumba itu kini sedia untuk mengatasi bintang bola sepak dari England, David Beckham sebagai ahli sukan yang menerima bayaran paling mahal di dunia.
Hamilton mempunyai kontrak baru dengan pasukan McLaren yang bernilai ΰ65 juta (RM422 juta) dan mendapat ΰ10 juta (RM65 juta) dalam bentuk penajaan.

Vivian Burkhardt
Namun, Vivian yang merupakan pelajar perubatan bermata hijau memberitahu: “Di sebalik kekayaannya yang banyak, saya benci dengan gaya hidup dan berasa simpati terhadapnya.
“Di Switzerland, dia tidak mempunyai rakan, keluarga hanya ada flat empat bilik tidur yang mengagumkan di bahagian paling kaya di bandar raya tetapi ia cuma besar dan kosong.
“Ia merupakan satu tempat yang membosankan, dia hanya menghabiskan masanya dengan bermain permainan F1 PlayStation menerusi internet dengan adiknya, Nic yang berumur 15 tahun yang berada di England.
“Baki masa selebihnya, dia menghantar mesej kepada rakan-rakannya yang berada berbatu-batu jauhnya di seluruh dunia,” kata Vivian.
“Hamilton memberitahu saya bagaimana sukarnya tinggal di Geneva, Switzerland berseorangan.
“Dia menyatakan bahawa tidak ada apa yang boleh dilakukannya dan dia tidak mengenali sesiapa.
“Saya tahu dia bosan dan tidak gembira dan seperti mahu berpindah,” tambanhnya.
“Namun, dia tetap tinggal (di Geneva) kerana ia merupakan satu tempat dia tidak didekati atau dikenali.
“Dan pastinya, ia (Geneva) merupakan syurga cukai yang menyelamatkan dia berjuta-juta dolar,” katanya.
Mereka bertemu di Grenada pada Februari lalu ketika Hamilton diberikan satu anugerah.
Pelumba itu kemudian meminta nombor telefon dan mula menghantar mesej.
Pada pertemuan pertama, Hamilton memberitahu Vivian: ” Anda mempunyai mata yang tercantik pernah saya lihat.”
Menurut gadis itu, dia tetap tenang dan memberitahunya rancangannya mahu menjadi doktor dan kini sedang mengambil jurusan perubatan.
Selepas itu, Hamilton meninggalkan Grenada tetapi kerap menghantar mesej dan mengundangnya untuk menghadiri Festival Filem Cannes.
Selepas menghadiri festival itu, Vivian berlepas ke Geneva bersama Hamilton dan membawa ke apartmennya.
“Saya bertanya kepadanya jika terdapat kelab untuk dikunjungi. Namun, dia menyatakan hanya terdapat sebuah tetapi ia dipenuhi dengan remaja.
“Ketika masa lapangnya, Hamilton berlatih selama dua jam dan kemudian menghantar mesej untuk melapangkan fikirannya dan kemudian kembali bermain permainan online dengan Nic,” katanya.
“Hamilton membawa saya ke sebuah restoran India untuk makan malam. Saya minum wain tetapi dia tidak menyentuh sebarang minuman alkohol. Dia hanya minat makan kari ayam,” jelasnya.
Vivian berkata, ketika berada di Hotel Carlton, Perancis pada waktu malam, dia cuba mencium dirinya, tetapi saya mengelak dan dia melakukannya di pipi.
“Saya tahu dia sukakan saya dan saya sudah jatuh cinta kepadanya.
“Tetapi, saya mempunyai seorang kekasih dan tidak mahu tergesa-gesa melakukannya,” jelas Vivian.
Hamilton kemudian berasa kecewa dan dia beralih ke tempat lain di atas katil dan tidur.
Namun, Vivian terjaga kemudian dan mendengar Hamilton bercakap ketika tidur.
“Dia tidak bercakap mengenai saya atau hubungan kami. Dia bercakap mengenai F1. Dalam mimpinya itu, dia seolah-olah ditemu ramah mengenai satu perlumbaan.
“Saya tidak mengetahui sama ada dia menang tetapi dia kelihatan amat teruja.”
Walaupun dia kecewa, Hamilton membawanya keluar makan dan mereka kembali ke Geneva.
“Dan dia amat sedih apabila saya pulang dan meninggalkannya berseorangan di apartmennya.
“Ketika itu kami masih berkawan tetapi selepas apa yang berlaku antara dia dengan Nicole, hubungan itu sudah tidak ada lagi,” kata Vivian.
- Agensi
Kosmo