Archive for May, 2008

Massa Ada Potensi Bergelar Juara


(gambar) mempunyai keupayaan bergelar juara dunia musim ini.

Menurut Nelson, pemandu Brazil itu berjaya bangkit daripada permulaan musim yang mengecewakan sehingga dianggap sebagai pencabar utama kepada rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen serta pemandu McLaren, Lewis Hamilton.

Selepas enam perlumbaan musim ini, pemandu berusia 27 tahun itu berjaya mengetepikan Raikkonen sebanyak lima kali pada pusingan kelayakan selain menjuarai dua perlumbaan di Sakhir dan Istanbul.

Dia kini menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan mengumpul 34 mata, hanya ketinggalan satu mata di belakang Raikkonen dan empat mata di belakang pendahulu, Hamilton.

“Felipe kelihatan seperti pemandu yang berbeza dan saya tidak nafikan dia juga mempunyai potensi untuk menjadi juara dunia musim ini,” kata Nielsen.

“Sekiranya dia mengekalkan aksi konsisten, dia pasti akan berjaya mengetepikan cabaran dua lagi pesaing terdekatnya.” - Agensi

Kosmo

Teenager Crowned Thailand’s Most Beautiful Transvestite

PATTAYA, Thailand: A teenage transvestite who grew up on a military base was crowned Thailand’s most beautiful transvestite late Friday, in an extravagant annual pageant which transfixed the nation.

Kangsadarn Wongdusadeekul, known by her stage name “Nonk”, cried as she accepted her Miss Tiffany crown from last year’s winner.

Nonk, 19, particularly impressed the panel of judges with her question round.

Asked if she would be happy to join the army as a man, she told the audience: “Last year, I went to register as a soldier, but my figure had changed so the government did not let me.

“We are beautiful - so we have no need to be soldiers,” she said, getting the biggest laugh of the night.

Her win brings considerable financial reward: 100,000 baht (3,200 US dollars) - equivalent to a year’s wages for a factory worker - and a Honda car.

But with the cost of a single pageant dress at a minimal of 10,000 baht, participating in Miss Tiffany is not just about the prizes.

Most of the 30 transvestites parading across the glitter-filled stage said they were seeking social acceptance rather than money.

Nonk says she is lucky to have been accepted by her family as her father is a colonel in the Thai army.

Nonk told AFP after the contest that she had known she wanted to be a girl from a very young age, and her military family was so understanding that they now tell friends she is their daughter. They keep few photos of Nonk as a boy.

“They said I can be whatever I want to be so long as I take care of myself and other people,” she said.

Miss Tiffany 2008 was crowned in a sold-out 2,000-seater theatre, and televised nationally.

The runners-up were Pailin “Bank” Denfhanapapol and Doolkamon “Golf” Kontun, with awards also given for Miss Congeniality and Miss Photogenic.

The event has become increasingly high profile, with winners forging careers as television presenters and as the faces of beauty products.

Miss Tiffany will now advance to the global competition, Miss International Queen, to be held here in October.

- AFP/so

Powered by Channel News Asia

Sedan Orang Muda

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Dibina berasaskan tema Happy Corolla for our Planet, generasi ke-10 Toyota Corolla ini nampaknya lebih mesra alam, tanpa mengabaikan aspek gaya dan prestasi.

Mula diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla boleh dianggap antara model paling laris di dunia apabila berjaya mencecah jualan sehingga 30 juta unit di lebih 140 buah negara.

Malah, model yang ditakrifkan sebagai ‘kenderaan global’ ini telah pun mengalami sembilan bentuk perubahan demi memenuhi kehendak pengguna seluruh dunia yang kian kompleks.

Bagi pasaran Malaysia, Toyota Corolla Altis mula menemui pengguna pada tahun 2001 sehingga 2007. Dalam tempoh itu, sebanyak 30,787 unit telah berada di atas jalan raya.

Bagi generasi ke-10 model Corolla, Toyota Altis serba baru ini telah menerima pelbagai bentuk penambahbaikan daripada aspek luaran dan dalaman untuk penampilan lebih muda serta bergaya.

Menjunjung DNA model Toyota yang terkenal dengan kebolehpercayaan terhadap kualiti, keselamatan, prestasi dan nilai, model ini dilihat mampu meneruskan legasi Corolla di Malaysia.

Didatangkan dalam bentuk dibina sepenuhnya (CBU) di Thailand, Altis ditawarkan dalam tiga gred iaitu 1.8G, 1.8E dan 1.6E (semuanya bertransmisi automatik), di samping dua varian sporty pada model 1.8G dan 1.8E yang hadir bersama penambahan aerokit.

Unit yang penulis sempat pandu uji kali ini ialah varian enjin bersesaran 1.8G sporty. Berbanding model Altis sebelum ini, harus diakui bahawa bentuk fizikalnya telah mengalami banyak perubahan dan tidaklah terlalu membosankan.

Ditambah dengan aerokit di bahagian bumper hadapan, belakang dan sisinya, Altis tidak lagi kelihatan seperti sedan yang hanya sesuai dipandu oleh mereka yang sudah melewati usia 40-an.

Bahagian hadapan Altis ini terus dimonopoli oleh rekaan gril radiator yang tidak jauh bezanya dengan model-model lain seperti Vios dan Yaris. Selain itu, ruang ini turut dipasang dengan lampu utama bersama tiga silinder mentol, serta sepasang lampu kabus di bahagian bawahnya.

Perubahan paling ketara di bahagian belakang model ini pastinya pada rekaan perumah lampunya yang sedikit menonjol. Dengan trunk lid dan bumper yang lebar, ia memberi gambaran sebuah jentera yang tegap. Tetapi, kedudukan hujung ekzos yang menghala ke tanah itu, nampak sedikit pelik.

Baiklah, sebagaimana yang kita tahu, ini adalah model sporty yang lengkap dengan aerokit. Tetapi apa yang penulis fikir ialah, keseluruhan ruang dalamannya yang dibalut dengan warna beige dan kemasan kayu pada stereng, konsol tengah dan panel sisi pintu seperti tidak kena.

Mungkin Toyota mahu menerapkan aspek kemewahan padanya, tetapi adalah lebih baik jika model sporty ini menggunakan material berwarna hitam dengan calitan warna perak atau merah.

Manakala rekaan papan pemukanya ringkas dengan sistem audio dan pendingin hawanya dikawal secara digital. Unit sistem audio Altis 6 CD Changer ini juga dilengkapi dengan ciri pelarasan bunyi automatik (ASL) yang berperanan mengubahsuai volum berdasarkan kepada kelajuan dan tahap kebisingan ambien.

Biarpun pemandu boleh mengawal audio dengan menekan butang pada sterengnya, penulis merasakan ia kurang mesra pengguna kerana kedudukannya yang agak jauh.


TEMPAT duduk belakang boleh dilipat untuk ruang kargo yang lebih luas.

Maklumat pemanduan seperti kadar penggunaan bahan api (L/100km), jumlah kilometer yang mampu diperoleh dengan baki petrol serta kelajuan purata pula boleh dirujuk kepada paparan multi informasi yang terletak di bawah meter analognya.

Sementara tempat duduk pemandunya boleh dilaras dengan hanya menolak tombol di sebelah kanan tempat duduk mengikut keselesaan anda.

Memberi keutamaan terhadap kesihatan pengguna dan alam sekitar, ruang kokpit ini menggunakan material dengan kandungan Volatile Organic Compounds (VOC) yang rendah. Toyota mendakwa jumlah pelepasan VOC ke atmosfera telah dikurangkan sebanyak 80 peratus berbanding model sebelumnya.

Berita baik untuk mereka yang selalu gagal memakir kereta dengan baik, anda kini hanya perlu menekan satu butang untuk mengaktifkan alat pengesan (lima titik di bahagian hadapan dan belakang kenderaan) yang akan berbunyi sekiranya ia menghampiri sebarang halangan.

Berbanding model pesaingnya yang mengaplikasikan enjin baru dan transmisi automatik lima kelajuan, Toyota nampaknya cenderung untuk mengekalkan unit enjin VVT-i yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan.

Ia mungkin kedengaran seperti satu kekurangan yang sangat besar tetapi sepanjang sesi pandu uji ini, enjin dengan kod 1ZZ-FE ini mampu menghasilkan kuasa yang diperlukan untuk mendaki bukit atau memecut tanpa sebarang masalah.

Sebenarnya, enjin aluminium ini telah ditala agar dapat memberikan kuasa tork lebih baik ketika putaran enjin adalah rendah dan sederhana. Di samping itu, ia menjimatkan penggunaan bahan api (sehingga 20 peratus) serta pengeluaran asap lebih rendah yang menepati standard Euro 3.

Biarpun kuasa maksimumnya sedikit berkurang berbanding enjin sebelumnya, jurutera di Toyota telah berjaya meningkatkan prestasi enjin ini dengan cara melakukan konfigurasi semula kepada nisbah gearnya.

Justeru, tidak hairanlah dengan kuasa tork yang ditawarkan iaitu 170 Nm @ 4,200 membuatkan Altis terasa begitu responsif sebaik sahaja pedal minyaknya ditekan.

Dibina atas platform yang baru, Toyota Altis ini sarat dengan teknologi keselamatan aktif terbaik seperti brek ABS, EBD (Electronic Brake-force Distribution) dan BA (Brake Assist), selain dua beg udara SRS.

Untuk kawalan pemanduan lebih baik, Altis turut dilengkapi dengan VSC (Vehicle Stability Control), TRC (Traction Control), WIL (Whiplash Injury Lessening Seats), serta kerangka yang menepati standard GOA.

Toyota Altis didatangkan dalam lima pilihan warna seperti hitam, perak, beige dan biru serta dijual pada harga RM120,250 seunit (di atas jalan dengan insurans) untuk model 1.8G Sporty.

Kosmo